Pantun "Budi"
Berbudi Jasa Pada Agama
Beza setia antara patuh engkar hina dan mulia,
Tafsir selaras akal dan fikir,
Merencana berera abad kaji selia,
Mohon agar janji tidak bermungkir.
Jiwa rasa ingin sentiasa berjasa,
Sedang telah berlubuk lama iman \'bergharizah\',
Jujur rapi berurus tadbir mengurus masa,
Bukti aksi tidak lari dari ciptaan fitrah.
Berbudi untuk kita merasa,
Berhati agar kita sentiasa mulia,
Berbahasa untuk kita erat mesra,
Bersabar untuk sentiasa jujur dan setia.
Yang halal nyata yang haram riba ajaran ad deen,
Antara keduanya ada yang samar-samar tidak jelas,
Nikmat urus dagang juga untuk faedah buat marhaen,
Agar kasih sayang merata buat berkasihan belas.
Cela cengkaman bila ada campur dan adun waktu melabur,
Faedah dikira membangun untung dan jaya,
Kehormatan jelas akan terpelihara bila elak riba tercebur,
Makna hakikat kebaikan dunia akhirat ditempa buat berjaya.
Sepintas maksud saya makna berjasa.
Agama untuk kita rasa aman bahagia dan sejahtera.
Kita bukan ummat yang suka bersaing agenda mengangkat senjata.
Agar difahami bukan sahaja buat yang di barat malah juga buat di kalangan kita supaya bersama membina cinta.