Home
Daftar Anggota
Galleri
Resep
Restoran Minang
Games
Download
Kamus Minang
Chat
Bursa Iklan
Radio Online
Weblink
SPTT Cimbuak
Advertisement
Cimbuak Toolbar
Menu Situs
Berita
Artikel
Prosa
Tokoh Minang
Adat Budaya
Agama
Kolom Khusus
Pariwisata
Berita Keluarga
Giring2 Perak
Berita Yayasan
Pituah

Dalam awa akhia mambayang
Dalam baiak kanalah buruak
Dalam galak tangih ka tibo
Hati gadang hutang kok tumbuah
Milis Minang
Rantaunet
Surau
Aktivis Minang
Media Padang
PosMetro Padang
Advertisement
Qudwah Hasanah PDF Print E-mail
Written by Dr. H. K. Suheimi   
Tuesday, 11 September 2007

ImageQudwah Hasanah artinya Tauladan yang baik. Tauladan yang baik inilah yang didambakan umat saat ini. Seseorang yang dapat memberikan contoh dan suri tauladan. Umat selama ini kecewa terhadap perangai pemimpinnya yang tak memberikan tauladan. 

Untuk itu ada baiknya kita simak Fatwa Majelis Ugama Singapura sebagai berikut Qudwah Hasanah. Dalam istilah masa kini, ia boleh disamakan dengan kepimpinan melalui teladan. Seorang pemimpin Islam, tidak harus hanya berbicara mengenai keunggulan Islam, tetapi mesti mampu menunjukkannya dengan contoh-contoh dalam kehidupan hariannya.
"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu   berbuat ?. Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan". (As-Shaf: 2-3)  .
 
Dalam arti yang lebih meluas, qudwah hasanah menuntut seseorang, pimpinan, agar  menjadikan dirinya teladan dalam kehidupan sehariannya seruan-seruan kebaikan yang dia laung-laungkan. Dia harus bartindak sebaik kebaikan yang dianjurkannya, bukan sebaliknya. Jika dia menyeru dibasmi korupsi, dia sendiri mesti bersih dari segala unsur korupsi. Jika dia menganjurkan peningkatan ilmu, dirinya mesti menjadi teladan sebagai seorang pencinta ilmu. Jika dia memanggil kepada kemuliaan akhlak, peribadinya sendiri adalah gambaran akhlak mulia.
Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya Aesha ditanya mengenai akhlak Nabi, beliau menjawab: "Akhlak Nabi ialah Al-Quran!"
Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bartindak, kehidupannya, semangat dan perjuangannya - semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa yang baginda lakukan adalah melaksanakan anjuran Al-Quran. Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran. Baginda menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi Al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil asuhan Al-Quran. Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang hidup. Itulah yang dimaksudkan Aesha bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran.

Sebagai pemimpin, baginda berada di barisan hadapan dalam menegakkan kebenaran dan dalam menghadapi  perjuangannya. Baginda menolak tawaran kemewahan dan kesenangan hidup, dan bersedia menghadapi pelbagai risiko demi menegakkan kebenaran.
Meskipun seorang ummi (tidak tahu membaca dan menulis), Baginda amat meninggikan kedudukan ilmu. Di akhir Perang Badar, baginda menawarkan keampunan dan kebebasan kepada setiap tawanan perang yang sempurna mengajarkan bacatulis kepada 10 kanak-kanak di Madinah. Kata baginda,
Artinya: "Kelebihan orang berilmu daripada orang abid (yang banyak ibadahnya), adalah separti kelebihanku daripada orang yang paling rendah dari kamu." (Riwayat Tirmidzi dari Abi Umamah).
Baginda juga paling unggul dalam memberi makna kepada prinsip persamaan dan    persaudaraan. Status seorang hamba separti Zaid bin Harithah, diangkat dengan mengistiharkannya sebagai kerabat Baginda, keturunan bangsawan Quraisy. Ketika sebahagian sahabat masih taksub kepada sentimen kebangsaan Arab, Baginda mengistiharkan Salman dari Farsi sebagai kerabatnya, dan sekaligus melunturkan sentimen sempit tersebut.
 
Qudwah hasanah juga berlaku dalam kepimpinan para Sahabat.
Sebagai Khalifah, Abu Bakar, yang telah menghabiskan hampir seluruh hartanya membantu perjuangan Islam, terus hidup sederhana, dan tidak punya istana.
Umar bin Khattab, yang dengan kehebatan kepimpinannya membolehkan Islam berkembang ke Syria, Iraq dan Mesir, terus dengan amalan hariannya yang sederhana baik dari pakaiannya ataupun makanannya. Ketika jazirah Arab dilanda kebuluran, Umar langsung tidak makan daging, minyak sapi, ikan atau makanan lazat, sambil tidak putus-putusnya berdoa, "Ya, Allah! Jangan Engkau hancurkan umat Muhammad dengan dosa-dosaku." Sifat sederhana itulah yang membolehkan beliau melihat dan merasakan sendiri masalah dan kesulitan rakyat, kemudian mengambil langkah-langkah memberikan bantuan yang diperlukan.
Ketika sedang solat dan didatangi peminta sedekah, Khalifah Ali bin Abu Talib,  tanpa tangguh-tangguh lagi telah memberikan cincin perak yang dipakainya  kepada peminta sedekah tersebut. Itulah cara memberikan makna secara unggul kepada arti kedermawanan dan kebajikan.
Demikianlah beberapa contoh qudwah hasanah, iaitu berbuat baik bagi menghidupkan unsur-unsur kebaikan yang dianjurkan, dan tidak bercanggah antara apa yang diperkatakan dengan yang dikerjakan. Dengan melaksanakan dalam bentuk amali apa yang diperkatakan, sesuatu nilai yang baik itu akan lebih mudah difaham. Dan kesannya akan lebih mendalam. Apa yang dikata, dikota. Yang samar (abstract) menjadi nyata (concrete). Inilah proses pembelajaran yang mudah, dan paling berhasil.
Tidak sukar bagi semua orang memaham makna sesuatu dengan cara melihat dan meniru sesuatu yang terang dan nyata. Faktor qudwah hasanah yang dipakai dan dihidupkan oleh para pemimpin Islam di peringkat awal itulah yang memberikan semangat dan isi Al-Quran menjadi mudah difaham, dihayati, dan dikembangkan oleh generasi umat Islam yang mula-mula.
Sebaliknya, di suasana kepimpinan tidak menghidupkan qudwah hasanah, sering timbul percanggahan antara aspirasi dengan realiti. Yang hendak dicapai berlawanan dengan pencapaian sebenarnya. Suasana begini pasti mengelirukan orang ramai. Orang akan keliru tentang nilai apakah yang hendak dipegang? Kekeliruan ini menjadi hambatan kepada usaha-usaha menyemai dan menumbuhkan unsur-unsur kebaikan dalam kehidupan masyarakat. Firman Allah
 "Mengapakah kamu menyuruh orang mengerjakan kebajikan, sedang kamu melupakan diri kamu sendiri, padahal kamu membaca Kitab. Tidakkah kamu mengarti ?".
 
Bayangkan kesan-kesan negatif jika berlaku keadaan berikut :
Pemimpin yang gigih memajukan amalan demokrasi, enggan bersikap toleransi kepada pandangan-pandangan yang tidak sehala atau serasi dengan pandangannya.
Pemimpin yang menyeru berjimat-cermat dalam perbelanjaan agar mampu menabung untuk membangunkan ekonomi bangsa, menyampaikan perutusannya itu di sebuah majlis makan malam yang lumayan di sebuah hotel paling mahal.
Pemimpin yang diberi tanggungjawab membawa perpaduan di kalangan jemaah, mengamalkan kepimpinan yang menyebabkan wujud prasangka dan kecenderungan berkelompok-kelompok.
Ataupun, pemimpin yang mendorong rajin membaca, sedangkan diri mereka sendiri tidak membaca. Mereka menyatakan Islam sangat menggalakkan ilmu sains modern, sedangkan diri mereka sendiri tidak berusaha memahami bagaimana manusia boleh sampai ke bulan, bagaimana berlaku empat musim di setengah-setengah tempat di dunia, atau kurang peduli dengan kesan kejuruteraan baka dalam kehidupan umat.
Percanggahan begini pasti menambahkan kekeliruan. Nilai-nilai manakah yang benar, mesti diikut dan dihidupkan?
Kejahilan merupakan satu sebab mengapa qudwah hasanah tidak terjelma pada setengah-setengah kepimpinan. Oleh itu, sesiapa jua yang bersedia mengambil tugas kepimpinan harus memperlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Satu daripada usaha yang boleh dibuat ialah dengan cara banyak membaca.
Bagaimanapun, mempunyai ilmu pengetahuan sahaja belumlah mencukupi. Nilai-nilai kebaikan daripada ilmu itu mestilah pula dapat diserapkan dan disebatikan dalam jiwa sehingga mampu melahirkan tindakan-tindakan yang baik secara spontan dan bersengaja, iaitu tanpa dipaksa-paksa dan tanpa mengira tempat, masa dan suasana.
Mudah-mudahan dengan kesadaran menjalani proses melatih dan membina akhlak separti ini, dunia kepimpinan dalam masyarakat kita akan menjadi lebih kuat. Dan sesiapa jua yang mengambil tugas kepimpinan, baik di rumah, dalam masyarakat, dan seterusnya pada peringkat negara, akan berbuat sejajar dengan apa yang dianjurkan, iaitu kepada menghidupkan qudwah hasanah.

Trackback(0)
Comments (1)add comment

melati malam said:

salam
dalam perjalanan kehidupan ...
seandai diri inginkan kebaikkan maka taburlah bakti ....
bakti yang tak di pinta balasan...Biar lah Allah yang menentukan segala nya setelah kita berikan sepenoh nya...
salam mesra
melati malam..
 
report abuse
vote down
vote up
September 11, 2007
Votes: +0

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
 
< Prev   Next >


Advertisement

Yayasan Palanta Cimbuak
Yayasan Palanta Cimbuak
Dari Awak, Oleh Awak, Untuak Kampuang
Nio berpartisipasi? Silakan klik disiko
Cimbuak Features

Cimbuak Chat


Cimbuak Chat


Free Email


Free Email
Yayasan Cimbuak
Situs Terbaik
Online Sekarang
We have 17 guests and 20 members online
Generated in 0.98708 Seconds