Home
Daftar Anggota
Galleri
Resep
Restoran Minang
Games
Download
Kamus Minang
Chat
Bursa Iklan
Radio Online
Weblink
SPTT Cimbuak
Cimbuak Toolbar
Menu Situs
Berita
Artikel
Prosa
Tokoh Minang
Adat Budaya
Agama
Kolom Khusus
Pariwisata
Berita Keluarga
Giring2 Perak
Berita Yayasan
Pituah

Nak kayo kuek mancari
Nak Tuah batabua urai
Nak mulie tapek-i janji
Nak Luruih rantangkan tali
Nak namo tinggakan jaso
Nak pandai kuek baraja

Milis Minang
Rantaunet
Surau
Aktivis Minang
Media Padang
PosMetro Padang
Advertisement
Valentine Adalah Tradisi Kuffar PDF Print E-mail
Written by Akmal Hj Mhd. Zain   
Monday, 16 February 2009

ImagePada masa pemerintahan Kaisar Rom, Cludius II telah dikeluarkan undang yang melarang generasi muda untuk berkahwin, kerana tenaga mereka sangat diperlukan dalam pasukan tentera untuk memperkuat kekaisarannya. Bagaimanapun ketika sepasang kekasih menghadap seorang paderi bagi memohon restu supaya mereka dikahwinkan, paderi itu memperkenankan permintaan mereka, kemudian paderi tersebut melaksanakan upacara perkahwinan sepasang kekasih secara rahsia, kerana khuatir perbuatannya akan diketahui oleh Kaisar.
Tetapi kejadian itu diketahui oleh Kaisar Cladius, paderi yang berani menikahkan sepasang kekasih itu dianggap telah melanggar perintah Kaisar, lantas paderi itu ditangkap dan dipenjarakan. Selama paderi itu dipenjarakan, anak-anak muda bersimpati kepadanya atas kebaikannya - yang mereka anggap sebagai pahlawan yang berani menentang undang-undang

 

 Kaisar, yang menurut mereka mengekang hak asasi manusia - banyak yang mengirimkan surat kepadanya melalui celah-celah terali penjara. Akhirnya, Kaisar memutuskan agar paderi itu dijatuhi hukuman mati, maka hukuman itu dijalankan pada tanggal 14 Ferbuari 269 Masihi. Sebelum menjalani hukuman mati tersebut, paderi itu sempat menulis sepucuk surat yang berisi doa kepada semua penganut Kristian, semoga semua orang memperolehi kasih sayang daripada Tuhan. Paderi itu bernama Valentino. Dua ratus tahun selepas kematian paderi Valentino itu, tepatnya pada tahun 469 Masihi, Paus Gelasius sebagai pemimpin gereja, menetapkan tanggal kematian Valentino sebagai hari Valentine, dengan tujuan agar semua orang Rom mengenang jasanya.

Pada acara ini lebih ditumpukan agar semua orang mendoakan keberkatan ke atas Valentino. Pada perkembangan selanjutnya, Valentine's Day yang pada mulanya hanyalah merupakan pernghormatan atas jasa Valentino, dijadikan oleh pemuda-pemudi Kristian Rom sebagai hari kebebasan bagi mereka. Perubahan tujuan ini telah dimulai di Eropah pada abad pertengahan. Ketika itu kaum muda Eropah telah merubah tradisi penyambutan Valentine's Day atau hati kematian Valentino itu menjadi peluang bagi mereka untuk mencari pasangan.
Momentum ini cepat sekali ditangkap dan dimanfaatkan oleh kaum kapitalis untuk menciptakan berbagai barangan dan mencipta kad khas Valentine's Day , kerana mereka melihat bahawa di sana ada peluang besar bagi mereka untuk menambahkan kekayaan. Mereka berusaha menyokong dan membesar-besarkan perayaan ini, demi kepentingan peribadi mereka. Oleh yang demikian, mentradisinya peringatan hari Valentine ini ke seluruh dunia pada hakikatnya adalah merupakan hari perayaan gabungan antara kesucian dan kemistikan. Umpamanya di Inggeris ada yang mendakwa bahawa perayaan Hari Valentine itu adalah hari memadu kasih sayang, kerana kononya burung-burung di sana memadu kasih ketika itu. Bolehjadi hal ini juga dipengaruhi oleh peringatan acar Duke of Orleans pada masa Charles.
Hari ini memang dijadikan hari berpesta bagi muda-mudi di sana, hingga Charels ditangkap pada tanggal 14 Ferbuari 1415. Selain itu, sebahagian masyarakat Rom ada yang mengatakan bahawa pesta peringatan Valentine yang jatuh pada pertengahan Februari itu sebagai hari raya kemenangan yang sangat penting nilainya untuk mereka peringati. Kerana menurut keyakinan mereka, sehari selepas tanggal 14 Ferbuari itu, para dewa yang mereka percayai akan memberikan pengampunan atas dosa-dosa mereka. Bahkan ada juga di antara mereka yang memperingati hari itu sebagai hari perlindungan haiwan, sehingga mereka mengadakan perarakan di jalan-jalan raya dengan memakai topeng berbagai jenis haiwan.

Hingga kini, telah 16 abad masyarakat Rom mengenang kematian Valentino, biarkanlah masyarakat Rom merayakannya sesuka hati mereka. Namun sungguh malang sekali, hari itu juga merupakan hari yang ditungg-tunggu oleh para muda-mudi di seantero dunia, termasuk generasi muda Islam yang kononnya hari itu adalah hari kekasih. Hari kematian Valentino ini dirayakan oleh golongan muda tanpa mengenal agama dan bangsa dengan berbagai acara, ada yang merayakannya dengan pesta menyanyi, menari dan menikmati sajian semalam suntuk. Tidak kurang yang bertukar cenderamata, saling berkiriman karangan bunga dan mengirimkan kad ucapan Valentine, memenuhi taman-taman dan tempat hiburan dengan bergaul bebas tanpa sempadan, bahkan kesan-kesan yang kita temui di tempat-tempat tersebut amat menyedihkan, memalukan dan menyayat hati.
Sudah begitu hauskah generasi kita terhadap kasih sayang? Bahkan hari ini juga turut dirayakan oleh media massa, - tidak kurang juga di negara kita - seperti majalah, surat khabar, radio dan televisyen yang mengadakan siaran khusus hari itu, yang sepatutnya tidak perlu berbuat demikian, kerana hanya untuk memperingati kematian seorang paderi yang bernama Valentino. Islam sebagai agama yang syumul tidak memilih hari dan ketika untuk mengungkapkan kasih sayang. Kasih sayang dalam Islam berlaku sepanjang masa dan ketika, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak beriman salah seorang kamu, hingga dioa mengasihi saudaranya (sesama mukmin) sebagaimana mereka mengasihi dirinya sendiri." Melalui sabda baginda ini, jelas sekali bahawa kasih sayang dalam Islam hendaklah sentiasa wujud dan bersemayam di dalam jiwa setiap mukmin. Apakah perlunya kita merayakan hari kematian Valentino dan merubah namanya menjadi hari kekasih? Apakah generasi kita masa kini sudah kehausan Idola sehingga terpaksa menjadi Valentino yang dihukum mati pada tahun 269 Masihi itu sebagai Idola? Kurang sempurnakah sifat kasih sayang yang dicanangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ?
Persoalan ini perlu dijawab oleh generasi muda yang sudah terpaut hatinya kepada Valentino sehingga tanpa segan silu, malahan dengan bangga pula ikut serta merayakan hari kematian seorang Valentino di dalam penjara itu. Marilah kita bertanya kepada diri sendiri, di manakah letak kewajarannya menyibuk dan merayakan hari itu, bahkan menamakannya pula dengan hari kekasih. Jelas...! Cukup jelas sekali, bahawa merayakan hari Valentine ini bukan tradisi Islam.

Oleh itu hentikanlah kebiasaan buruk ini, generasi muda Islam kembalilah kepada ajaran Islam dalam menerapkan kasih sayang. Ikutilah jejak Nabi Muhammad s.a.w. dalam melahirkan kasih sayang kepada semua insan, kepada kekasih mahupun kepada pasangan hidup dengan batas-batas tertentu. Perbuatan media massa, terutama radio, televisyen, majalah dan surat-surat khabar yang sibuk dan menyibukkan diri dengan peringatan kematian paderi ini adalah sesuatu yang perlu ditinjau semula, kerana boleh mendatang kesan negatif kepada generasi muda negara ini. Kasihanilah mereka.!

Akmal Hj Mhd. Zain Penulis dan Penceramah bebas, Tel: 102 - 627 2145

 

Trackback(0)
Comments (1)add comment

forkommi said:

menurut saya,valentine itu sudah tidak zaman lagi.
hari ini kita harus menjadikan setiap hari sebagai hari kasih sayang,jadikan setiap hari penuh kasih sayang itu jauh lebih baik..
 
report abuse
vote down
vote up
February 19, 2009 | url
Votes: +0

Write comment
You must be logged in to a comment. Please register if you do not have an account yet.

busy
Last Updated ( Monday, 16 February 2009 )
 
< Prev   Next >


Advertisement

Member Area
Yayasan Palanta Cimbuak
Yayasan Palanta Cimbuak
Dari Awak, Oleh Awak, Untuak Kampuang
Nio berpartisipasi? Silakan klik disiko
Cimbuak Features

Cimbuak Chat


Cimbuak Chat


Free Email


Free Email
Yayasan Cimbuak
Situs Terbaik
Online Sekarang
We have 31 guests and 8 members online
Generated in 1.00031 Seconds